Anwar doakan kesihatan berpanjangan buat Hadi

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan kesihatan yang berpanjangan kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Mendoakan kesihatan yang berterusan buat Ustaz Haji Hadi, Insya-Allah,” tulisnya di laman X hari ini.

Semalam, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menjalani prosedur rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur.

Beliau sebelum ini pernah menerima rawatan susulan di IJN dengan kali terakhir dilapor menjalani rawatan berkaitan pada 5 Januari tahun lalu.

Beliau sebelum ini pernah dimasukkan ke hospital beberapa kali, termasuk pada 2014 dan 2021 kerana sesak nafas dan pada 2023 kerana mengalami demam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI