Anwar faham keluhan gaji rendah pengamal media

KOTA KINABALU – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau memahami keluhan pengamal media yang masih menerima gaji rendah, terutamanya di Sabah, biarpun ramai dalam kalangan mereka telah berkhidmat lebih sedekad.

Bercakap pada majlis Sarapan Pagi dan Sembang Santai Pengamal Media Sabah bersama Perdana Menteri pagi ini, Anwar berkata beliau terkejut keadaan sedemikian masih berlaku, sedangkan ia tidak sepatutnya terjadi memandangkan kos sara hidup meningkat serta sebahagian syarikat media meraih keuntungan.

“Media sekarang tidak seperti dahulu kerana persaingan dengan media sosial sangat tinggi. Tetapi saya fikir, jika seseorang telah bekerja 10 tahun, wajar mendapat gaji yang lebih adil. Saya simpati dan akan berusaha untuk meyakinkan pihak media supaya memberikan imbuhan yang lebih saksama.

“Beberapa syarikat media berdaftar memperoleh keuntungan yang cukup besar, jadi tiada alasan untuk gaji wartawan tetap rendah. Saya terkejut apabila mendapat tahu, ada pengamal media berkhidmat 10 tahun, namun gaji hanya sekitar RM2,000. Itu memang tidak boleh diterima,” katanya.

Justeru, beliau meminta Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, menyediakan laporan menyeluruh mengenai keadaan gaji wartawan, khususnya di Sabah, serta mencadangkan langkah penyelesaian terbaik termasuk kemungkinan menyalurkan insentif kepada syarikat media bagi tujuan menaikkan gaji atau elaun wartawan.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI