Anwar minta kementerian, agensi segerakan projek rakyat

BAGAN SERAI – Semua kementerian dan agensi diminta untuk bertindak lebih proaktif dalam menyegerakan projek-projek yang memberi impak positif kepada rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dapat direalisasikan sekiranya semua pihak mempunyai tekad untuk melaksanakan projek seperti itu.

Kementerian agensi proaktif projek impak positif kepada rakyat menyegerakan perdana menteri dasar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad melihat pelan pembinaan ketika hadir ke Majlis Perasmian Pecah Tanah Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP) di Bagan Serai, Kerian, pada Jumaat. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 OGOS 2024.

“Semalam saya luncurkan projek perumahan MADANI di Taman Desa, Kuala Lumpur yang mana ia diberi kelulusan dalam tempoh 45 hari. Rekod (paling pantas) sejak merdeka.

“Ini kerana, lazimnya kelulusan projek diberi tempoh antara lapan bulan sehingga lebih setahun. Akan tetapi jika pihak terlibat dapat menyiapkan laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) dan sebagainya dengan mantap, tidak ada sebab tidak boleh diberikan kelulusan begitu cepat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pecah Tanah Tapak Fasa Pertama Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP) di Ladang Tali Ayer, dekat sini, pada Jumaat.

Kementerian agensi proaktif projek impak positif kepada rakyat menyegerakan perdana menteri dasar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad pada gimik perasmian Majlis Pecah Tanah Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP) di Bagan Serai, Kerian, pada Jumaat. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz serta Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 OGOS 2024.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz serta Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Tambah Anwar, semua pihak juga harus memberikan keutamaan kepada projek-projek yang mampu melegakan tuntutan mereka seperti projek perumahan mesra rakyat.

Tegas beliau lagi, Kerajaan MADANI juga menekan perkara yang dapat mengenepikan dasar-dasar meremehkan kepentingan kelompok rakyat yang lebih miskin.

Kementerian agensi proaktif projek impak positif kepada rakyat menyegerakan perdana menteri dasar
Suasana sekitar Majlis Perasmian Pecah Tanah Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP) di Bagan Serai, Kerian, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 OGOS 2024.

“Jika tidak pembangunan (seperti di) Kuala Lumpur, petandanya hanya kepada Menara Berkembar, projek mega dan hotel mewah.

“Sementara rakyat, gerai dan warung itu dalam keadaan usang. Dan rakyat pula terpaksa tunggu puluhan tahun untuk mendapat rumah sama ada untuk dibeli atau disewa.

“Sebab itu harus ada anjakan dari keputusan kerajaan dalam bidang ini. Dan saya bersyukur kerana dalam masa singkat kita berjaya bukti pelaksanaan yang lebih berkesan (kepada projek yang beri impak kepada rakyat),” katanya lagi.

Dalam pada itu, Perdana Menteri memberitahu, keputusan mempercepatkan pemohonan kepada projek-projek seumpama itu memberi kesan positif kepada sektor pelaburan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Perasmian Pecah Tanah Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP) di Bagan Serai, Kerian, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 OGOS 2024.

Jelas Anwar, misalnya, pemain industri antarabangsa sentiasa mempertimbangkan soal ‘ease of doing business’ atau mudah berurus niaga sebelum sesuatu pelaburan dibuat.

Kata beliau, dalam soal itu juga, Malaysia sentiasa melakukan perbandingan dengan negara-negara serantau bagi menambah baik prosedur operasi standard (SOP) bagi memperlihatkan negara ini mesra pelabur.

“Apabila kita buat perbandingan, ada satu dua bidang yang kita agak cekap, namun ada banyak bidang yang agak kita ketinggalan. Dan daripada itu kita perbaiki kelemahan kita.

“Melalui peraturan dan SOP baharu, syarikat gergasi dunia seperti Infineon, Google, Microsoft dan Ama­zon Web Services (AWS) mendapati Malaysia menunjukkan prestasi dahan tahap kecepatan kelulusan projek yang membanggakan,” jelasnya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

KIGIP terima kelulusan kebenaran merancang – Saarani

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI