Anwar tidak mungkir janji bela nasib rakyat – Muhamad Arafat

IPOH – Pengumuman kenaikan gaji penjawat awam oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini membuktikan Ahli Parlimen Tambun itu tidak memungkiri janji dalam membela nasib rakyat.

Perkara itu ditegaskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad.

“Kita hari ini cuma nak maklumkan bahawa baru-baru ni, Perdana Menteri telah umumkan kenaikan gaji terbesar (yang) tak pernah berlaku dalam sejarah negara kita.

“Ini menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, ahli parlimen kita (di Tambun) pegang pada janji, apa dia janji sebelum ini, beliau sudah tunaikan,” katanya.

Perdana menteri datuk seri Anwar ibrahim tidak mungkir janji bela nasib rakyat Muhamad Arafat TAmbun parlimen
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Majlis Santunan Aidilfitri Peringkat Parlimen Tambun di Padang RPT Jelapang Baru, Gugusan Manjoi, petang tadi. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 04 mei 2024.

Muhamad Arafat berkata demikian ketika memberi ucapan pada Majlis Santunan Aidilfitri di Padang RPT Jelapang Baru, Gugusan Manjoi dekat sini pada Sabtu yang dihadiri Anwar.

Pada 1 Mei lalu, Anwar mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus bermula 1 Disember tahun ini.

Majlis Santunan Aidilfitri disambut meriah dengan kehadiran orang ramai dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manjoi dan sekitarnya.

Terdahulu, majlis yang bermula seawal jam 10 pagi itu dihadiri lebih 3,000 pengunjung yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.

Terdapat beberapa reruai yang menempatkan pelbagai jenis juadah makanan Hari Raya Aidilfitri berserta minuman.

Ia termasuk lemang, nasi himpit berserta kuah kacang, apam balik, otak-otak, capati, kuetiau goreng, minuman sejuk dan sebagainya.

Sumbangan duit raya juga diadakan pada akhir majlis kepada kanak-kanak dan warga emas dalam kalangan pengunjung yang hadir. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Anwar tempelak pihak kritik pengumuman kenaikan gaji penjawat awam

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI