APM Hilir Perak guna Mesin MWFS bantu bekal air bersih

TELUK INTAN – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Hilir Perak, mengambil inisiatif membantu menyalurkan air sungai yang disuling kepada penduduk terjejas ekoran bekalan air terputus di sini, sejak tiga hari lalu.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Hilir, Kapt. (PA) Mohd Affindi Ishak berkata, usaha itu dilakukan oleh anggotanya menggunakan mesin sistem penapis air MWFS (Mobile Water Filtration System) yang dihasilkan oleh Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia Berhad (SIRIM).

“APM sebelum ini membeli tiga unit mesin berkenaan di mana sebuah mesin telah ditempatkan di APM Hilir Perak untuk kegunaan semasa banjir bagi membekalkan air mentah yang terputus akibat bencana tersebut.

“Jadi kami mengambil inisiatif untuk menggunakan mesin tersebut memandangkan sudah tiga hari tiada bekalan air di Teluk Intan ekoran kejadian paip Lembaga Air Perak (LAP) di Temoh bocor,” katanya kepada Malaysia Gazette (MG) Perak, di sini, pada Isnin.

Mohd Affandi berkata, sebanyak 2,000 liter air bersih berjaya disuling dan diagihkan kepada penduduk di sekitar Jalan Maharajalela di sini, yang dilakukan bermula sekitar tengah hari tadi.

“Usaha ini akan diteruskan di beberapa kawasan lain yang terjejas dan untuk sebelah petang ini kita akan ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manik bagi menggunakan mesin MWFS ini.

“Untuk lokasi lain saya akan maklumkan selepas mesyuarat peringkat daerah yang akan diadakan hari ini,” katanya.

Sebelum ini kira-kira 50,000 akaun pengguna LAP di Tapah, Bidor dan Teluk Intan mengalami ganguan bekalan air sejak 6 Februari lalu dipercayai berpunca daripada kebocoran saluran paip air mentah dari Intake (muka sauk) Batu 7 Sungai Woh yang menyalurkan air ke Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Temoh yang berlaku sejak 4 Februari lalu. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Gangguan bekalan air di Tapah, Bidor, Teluk Intan dijangka pulih mulai esok

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI