Apple Education Classroom PUO perkasa agenda pendigitalan pendidikan

IPOH – Kewujudan dan pembangunan Apple Education Classroom di Politeknik Ungku Omar atau PUO di sini menjadi antara pemangkin baharu dalam agenda pendigitalan pendidikan negara.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abdul Halim berkata, ia selaras dengan usaha memperkasa kaedah pengajaran serta pembelajaran yang lebih inovatif, interaktif dan relevan dengan keperluan industri semasa.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim ketika melakukan sesi walkabout pada Majlis Perasmian Apple Education Classroom di Politeknik Ungku Omar, Ipoh, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 04 MAC 2026.

Katanya, inisiatif itu juga membuka peluang kepada pelajar PUO untuk merasai pengalaman pembelajaran pintar atau ‘smart learning’ yang selari dengan perkembangan teknologi global.

“Inisiatif ini selaras dengan agenda pendigitalan pendidikan dan usaha memperkasa kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang lebih relevan dengan keperluan industri.

“Ini juga memberi peluang khususnya kepada pelajar di politeknik ini untuk merasai pengalaman pembelajaran yang lebih ‘up-to-date’ dan selari dengan peredaran zaman masa kini,” katanya.

Apple Education Classroom PUO pendigitalan pendidikan di Politeknik Ungku Omar Adam Adli PUO Ipoh projek Apple Classroom POLYCC pendidikan digital
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim ketika sesi bergambar pada Majlis Perasmian Apple Education Classroom di Politeknik Ungku Omar, Ipoh, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 04 MAC 2026.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Apple Education Classroom bersempena Majlis Iftar Perdana di Politeknik Ungku Omar di sini, pada Rabu.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr Shamsuri Abdullah serta Pengarah PUO, Dr Salmi Che Meh.

Suasana sekitar Majlis Perasmian Apple Education Classroom di Politeknik Ungku Omar, Ipoh, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 04 MAC 2026.

Apple Education Classroom itu merupakan projek pertama seumpamanya di zon tengah dan utara di bawah payung Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia atau POLYCC.

Menerusi peruntukan sebanyak RM200,000, fasiliti berkenaan dilengkapi 30 unit iPad, dua unit iPad Pro, tiga unit iMac serta dua unit Smart TV yang menyokong pelaksanaan PdP secara interaktif dan kolaboratif.

Sementara ruang pembelajaran mampu memuatkan sehingga 30 pelajar pada satu-satu masa dengan susun atur ruang fleksibel yang membolehkan pemantauan masa nyata, perkongsian skrin serta aktiviti berasaskan aplikasi pendidikan dilaksanakan secara dinamik.

Apple Education Classroom PUO pendigitalan pendidikan di Politeknik Ungku Omar Adam Adli PUO Ipoh projek Apple Classroom POLYCC pendidikan digital
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim ketika melakukan sesi walkabout pada Majlis Perasmian Apple Education Classroom di Politeknik Ungku Omar, Ipoh, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 04 MAC 2026.

Mengulas lanjut Adam Adli berkata, kerajaan menghargai kerjasama semua pihak dalam merealisasikan projek tersebut dan berharap ia menjadi pemangkin kepada lebih banyak kolaborasi strategik antara institusi pendidikan serta industri teknologi.

“Kita bermula kecil, tetapi saya harap ia akan berkembang lebih besar. Diharapkan supaya ada pihak-pihak di luar sana membuka mata dan menjalinkan kerjasama lebih rapat dengan PUO dalam pembangunan serta penggunaan teknologi dalam pembelajaran.

“Dan tentu sekali kita berharap ia dapat diperluaskan dengan PUO adalah yang pertama dan kita harap ia dapat dikembangkan ke tempat-tempat lain,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Pelajar tahfiz UPSI jadi imam di University of Oxford sempena Ramadan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI