AS gesa rakyatnya tinggalkan Timur Tengah susulan `risiko keselamatan serius’

WASHINGTON – Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) menggesa rakyatnya supaya meninggalkan beberapa negara dan wilayah di seluruh Timur Tengah berikutan `risiko keselamatan serius’, lapor Anadolu Ajansi.

Dalam kemas kini keselamatan yang dikeluarkan pada Isnin, jabatan itu menyenaraikan Bahrain, Mesir, Iran, Iraq, Israel, Tebing Barat yang diduduki dan Gaza, Jordan, Kuwait, Lubnan, Oman, Qatar, Arab Saudi, Syria, Emiriah Arab Bersatu dan Yaman sebagai lokasi terjejas.

Menerusi hantaran di platform X, Penolong Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Konsular Mora Namdar menggesa rakyat AS supaya “BERANGKAT SEKARANG” dari lokasi yang disenaraikan dengan menggunakan pengangkutan komersial yang tersedia.

Sejak Sabtu pagi, Israel dan AS melancarkan serangan ke atas Iran yang mengorbankan Pemimpin Agung Ayatollah Ali Khamenei serta beberapa pegawai keselamatan kanan.

Sebagai tindak balas, Iran melancarkan serangan dron dan peluru berpandu ke atas Israel serta aset AS di rantau itu, sekali gus mendorong beberapa negara Teluk menutup ruang udara masing-masing.

Terdahulu, Markas Pemerintahan Pusat AS (CENTCOM) mengumumkan bahawa enam anggota perkhidmatan AS terbunuh setakat hari ketiga serangan ketenteraan bersama AS-Israel. – BERNAMA-ANADOLU

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI