Aset lebih RM2.2 juta milik isteri kedua bekas panglima tentera disita

KUALA LUMPUR – Aset bernilai lebih RM2.2 juta dipercayai milik isteri kedua kepada seorang bekas pegawai tertinggi Tentera Darat (PTD) disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pagi tadi.

Menurut sumber, ia susulan penggeledahan di sebuah kediaman di Pantai Timur dan menemui dua buah bagasi yang dipercayai digunakan untuk menyimpan barangan tersebut.

“Hasil pemeriksaan menemui 23 unit jam tangan jenama Rolex pelbagai model dengan anggaran nilai pasaran semasa berjumlah kira-kira RM2 juta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah sumber, SPRM turut menyita beberapa barangan kemas milik seorang individu yang dipercayai bersubahat dianggarkan bernilai kira-kira RM225,000.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan, Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Pada 8 Januari lalu, seorang bekas PTD direman tujuh hari sehingga 14 Januari bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan penerimaan rasuah melibatkan projek tender perolehan Tentera Darat Malaysia (TDM).

Dua individu yang turut direman ialah isteri pertama suspek selama tiga hari iaitu sehingga 10 Januari manakala isteri kedua pula selama enam hari sehingga 13 Januari ini.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat oleh SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Tambah SPRM, kesemua suspek yang berusia antara 20 hingga 50-an telah ditahan sekitar jam 3 petang pada 7 Januari ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Putrajaya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI