Pemandu lori muatan batu kerikil yang terlibat dalam kemalangan maut sehingga mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Selasa lalu dibawa ke Mahkamah Teluk Intan hari ini bagi pertuduhan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Foto ABDULLAH YUSOF, 16 MEI 2025.
Jenazah tujuh anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) beragama Islam yang terlibat dalam nahas melibatkan sebuah trak polis dan lori muatan batu di Jalan Chikus - Sungai Lampan, Teluk Intan, disembahyangkan di Surau Ar-Rahman, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak. Foto ABDULLAH YUSOF, 14 MEI 2025.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah (tengah) dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay melawat anggota Pasukan Simpanan Polis Persekutuan (FRU) yang cedera dalam nahas melibatkan sebuah trak polis dan lori muatan batu di Jalan Chikus - Sungai Lampan, Teluk Intan, pada selasa di Hospital Teluk Intan. Foto ABDULLAH YUSOF, 13 MEI 2025.
Penganut Buddha menjemur ‘Thangka‘ ketika melakukan upacara keagamaan pada sambutan Hari Wesak di Enlightened Heart Tibetan Buddhist Temple, Tambun hari ini. Foto ABDULLAH YUSOF, 12 MEI 2025.
Pengerusi Barisan Nasional Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad meraikan kemenangan bersama calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir (tengah) atau Ustaz Yusri selepas keputusan rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning BN memenanginya di Command Center BN di Kampung Haji Tahir, Tapah. Foto ABDULLAH YUSOF, 26 APRIL 2025.