Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri memeriksa perbarisan kawalan kehormat pada Perhimpunan Khas Ketua Polis Perak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak. Foto ABDULLAH YUSOF, 16 JULAI 2024.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan beramah mesra dengan jururawat ketika melawat Klinik Kesihatan Kuala Kangsar selepas merasmikannya. Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim. Foto ABDULLAH YUSOF, 25 JUN 2024.
Para penduduk terdiri daripada pelbagai lapisan usia ceria menyertai acara menangkap itik pada Karnival Sukan Bendang 2024 Daerah Perak Tengah di Bendang Pam Senin, Layang-Layang Kanan, Parit. Foto ABDULLAH YUSOF, 22 JUN 2024.
Para petugas Masjid India Muslim Ipoh bergotong-royong menjalankan ibadah korban sempena sambutan Aidiladha atau Hari Raya Haji yang diraikan oleh umat Islam seluruh dunia hari ini. Sebanyak 159 ekor kambing yang disembelih pada program ibadah korban di sini. Foto ABDULLAH YUSOF, 17 JUN 2024.
Seramai 780 murid dari 23 cawangan Little Caliphs seluruh Perak menyertai Program Simulasi Haji Cilik atau Little Hajj 2024 di Masjid Negeri Perak, Masjid Sultan...
Bacaan doa setelah jenazah Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Poh. Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri. Foto ABDULLAH YUSOF, 18 MEI 2024.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad bergambar bersama penerima anugerah pada majlis perasmian Sambutan Hari Belia Negara dan Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Perak 2024 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 18 MAY 2024.
Majlis Sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri 2024 Warga Bangunan Perak Darul Ridzuan meriah dihadiri lebih 1,000 orang.
Turut hadir memeriahkan sambutan berkenaan Menteri Besar Perak, Datuk...
Pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) membaca yasin pada Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90, di Masjid An-Nur, Pangkalan TLDM, Lumut. Foto ABDULLAH YUSOF, 26 APRIL 2024.
Jenazah Pegawai Waran II Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Mohd Shahrizan Mohd Termizi selamat tiba di kediaman keluarganya di Taman Bunga Tanjung, Batu 10, Lekir Sitiawan. Foto ABDULLAH YUSOF, 24 APRIL 2024.