Pembuat rebana Perak, Mohd Sapri Bahari, 70, menggunakan kulit lembu atau kerbau dipadankan dengan kayu halban, nangka atau kayu sungai, menjadikan setiap rebana Perak unik ketika tinjauan di Kampung Kepala Bendang, Kuala Kangsar. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 02 SEPTEMBER 2025.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan memeriksa perbarisan kawalan kehormat pada Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 Peringkat Negeri Perak bertemakan “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” di perkarangan Dewan Bandaran Ipoh, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 31 OGOS 2025.
Seorang wanita berusia 41 tahun bertindak nekad naik ke pentas utama dan mendekati Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak Tahun 2025 di hadapan Dewan Bandaran Ipoh. Bagaimanapun wanita berkenaan berjaya dihalang dan telah di tahan pihak polis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 31 OGOS 2025.
Pengutip sampah berlesen, Badrul Hisyam Azmi @ Bujang menjalankan rutin harian ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tapak Pelupusan Sampah Majlis Daerah Kampar. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 27 OGOS 2025.
Artis Budaya Persembahan Nyanyian, Tarian dan Drama (PENTARAMA) ketika mengikuti Program PENTARAMA Merdeka@HOHO anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) di sekitar bandaraya Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 23 OGOS 2025.
Pesara tentera, Azrol Lizan Mohamad Rosli, 42, yang kini bertugas sebagai warden sepenuh masa menegur pelajar supaya tidur di katil masing-masing ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Balik Pulau, Pulau Pinang. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 OGOS 2025.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengibarkan Jalur Gemilang ketika acara pelepasan konvoi dan ‘night walk’ pada Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2025 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 15 OGOS 2025.
Jambatan Sultan Muzzaffar Shah yang menghubungkan Kampung Seberang Manong dengan Pekan Manong dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah di Dataran Amanjaya Manong, Kuala Kangsar. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 14 OGOS 2025.
Kakitangan Jabatan Landskap dan Rekreasi Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) memasang Jalur Gemilang menggunakan lori kren bagi menghiasi Dataran Bandaraya Ipoh, sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 pada 31 Ogos ini yang bertemakan “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 13 OGOS 2025.