Seorang pemandu van penghantaran didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kerosakan pada tujuh kenderaan pada Ahad lalu.
Polis merampas 385 kilogram (kg) dadah dipercayai methamphetamine dan heroin base bernilai hampir RM13 juta dalam kejadian di Kilometer 375 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Slim River, Tanjung Malim Isnin lalu.
KUIH tradisional denderam kini diberi nafas baharu apabila Dodol Warisan Cikgu Anjang memperkenalkan produk terbaharunya iaitu denderam kopi, hasil inovasi dan olahan resipi sendiri oleh pengusahanya, Muhammad Khairudin Md Azmi.
Seorang juruelektrik dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh pada Selasa atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudara perempuan berusia 11 tahun di Bota, Parit pada Ogos lalu.
Penganjuran Program Remaja Hebat Negeri Perak menepati aspirasi Pelan Perak Sejahtera 2030 dalam mensejahterakan sosial, pendidikan serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Program Coffee Talk: Bicara Wira bersama Ikon Patriotik yang diadakan sempena Lenggong Outdoor Festival (ODF) 2025 menampilkan enam wira negara yang tampil berkongsi pengalaman dan semangat perjuangan mereka bersama generasi muda dalam usaha menyemai nilai patriotisme serta menghargai pengorbanan wira negara.
Lenggong Outdoor Festival (ODF) dijangka menjadi antara acara utama yang mampu melonjakkan industri pelancongan negara khususnya di Perak sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026).
Penganjuran Pesta Cempakasari 2025 bukan sekadar mengembalikan nostalgia warga Parit terhadap pulau ikonik itu, malah menjadi platform bagi memperkukuh hubungan antara agensi kerajaan dan masyarakat setempat.
Kerajaan Perak menzahirkan rasa simpati dan keprihatinan dengan menyampaikan sumbangan kepada keluarga pelajar Sekolah Menengah Sains Johor (SMSJ) yang meninggal dunia ketika menyertai Kejohanan Ragbi 7 Sebelah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Peringkat Kebangsaan 2025 di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) di Ipoh, semalam.