Seramai 31,281 pemilih berdaftar akan melaksanakan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) esok bagi memilih wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.
Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang menjalankan semakan peralatan pilihan raya serta penyediaan peti undi di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi, bertempat di Dewan Merdeka, Tapah.
Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menangkis dakwaan yang sering mengaitkan gabungan itu sebagai parti yang membawa naratif berbaur perkauman.
Calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek sudah melengkapkan kesemua siri kempen mendekati pengundi di 20 Pusat Daerah Mengundi (PDM) bersempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.
Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong berkata, kaedah kempen yang digunakan adalah secara fizikal iaitu dari rumah ke rumah, serta kaedah atas talian menerusi media sosial.
Ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning memasuki fasa terakhir, calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir menegaskan komitmennya untuk menjadi wakil kepada seluruh masyarakat tanpa mengira latar belakang kaum atau agama.
Mohamad Yusri yang lebih dikenali sebagai Ustaz Yusri berkata, penggunaan medium digital itu dilihat mampu memberi impak positif dalam meraih sokongan pengundi, di samping kempen secara fizikal seperti kunjungan dari rumah ke rumah.
Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Dr Mohamad Yusri Bakir atau lebih mesra dikenali sebagai Ustaz Yusri menyantuni penduduk setempat di Kampung Petalin Baru, Bidor, pada Rabu.