Jenazah lima sekeluarga termasuk empat beradik yang terbabit nahas jalan raya di Kilometer (km) 7, Jalan Jerantut–Maran di Pahang selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Selat, Bota dekat sini, pada Ahad.
Ibu kepada empat beradik yang maut dalam nahas jalan raya di Kilometer (km) 7 Jalan Jerantut-Maran, tengah malam Sabtu tidak menyangka akan kehilangan insan tersayang dalam sekelip mata.
Pengeluar minuman, pati dan kordial berperisa, Ameen Products Sdn Bhd (Ameen) terus melebarkan sayap apabila produk mereka menjadi yang pertama di Perak menembusi pasaran negara Mali di benua Afrika.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah mengenal pasti hanya 5,801 premis atau 62.2 peratus dari keseluruhan 9,321 premis di Malaysia mempunyai Sijil Perakuan Bomba (FC) yang berkuat kuasa bagi tempoh sehingga Mac lalu.
Perak menyambut baik cadangan untuk meneliti dan meminda beberapa peruntukan undang-undang sedia ada bagi memperkukuh tanggungjawab ibu bapa dan penjaga dalam usaha mencegah penderaan serta pengabaian kanak-kanak.
Kerajaan Perak menyasarkan sekurang-kurangnya 20 usahawan serta jenama produk baru negeri bagi meneroka dan memperluaskan pasaran ke luar negara sepanjang tahun ini.
Peguam yang mewakili Kah Leong, Syahredzan Johan berkata, Exco Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Kampung Baru Cina Perak itu telah dirakam percakapan oleh dua pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di pejabat di Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Woo Kah Leong disiasat pihak polis berhubung karikatur menggunakan wajah Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Razman Zakaria disunting seperti badut, pada Isnin.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) kini melipatgandakan usaha bagi menarik lebih ramai golongan belia menyertai sektor pertanian yang kini berdepan isu kekurangan tenaga muda.