Kerajaan sedang membincangkan pelbagai usaha untuk membawa pulang rakyat Malaysia termasuk pelajar di negara yang terkesan susulan serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap Iran.
Keriangan terpancar pada wajah-wajah 40 anak yatim dan asnaf dari Yayasan Amanah an-Nur Maisarah, Chemor selepas menerima sumbangan serta diberi peluang memilih kelengkapan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut nanti.
Seramai 30 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk enam wanita dari Indonesia dan Bangladesh berumur antara 18 hingga 55 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pelbagai kesalahan di bawah akta Imigresen.
Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) terus melebarkan sayap dengan pembukaan Mydin Mart Bagan Datuk yang merupakan cawangan ke-75 syarikat itu di seluruh negara.
Pusat Khidmat Parlimen Bagan Datuk memperuntukkan RM180,000 bagi membantu pendidikan komuniti India melibatkan pelajar pendidikan awal, sekolah Tamil, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta mahasiswa institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Perbuatan memijak al-Quran dan menghina Nabi Muhammad SAW yang didakwa dilakukan oleh seorang pelajar di sebuah universiti tempatan baru-baru ini perlu dikenakan tindakan sewajarnya.
PERANAN ketua whip dalam memastikan kelancaran tadbir urus pihak berkuasa tempatan (PBT) dilihat semakin signifikan dalam menyelaras dasar serta keputusan pentadbiran bandar.
TATKALA rumah moden ketika ini didominasi oleh binaan konkrit dan struktur batu, keindahan seni bina rumah kayu tradisional Melayu di pelosok kampung seolah-olah hanya menjadi saksi bisu yang menanti masa untuk rebah ke bumi.