Sebanyak 20,000 peluang pekerjaan dijangka diwujudkan di bawah projek Inisiatif Pendapatan Rakyat – Inisiatif Usahawan Tani Wilayah Ekonomi Koridor Utara (IPR-INTAN NCER) menjelang akhir tahun 2025.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, menzahirkan keyakinan Pelan Perak Sejahtera 2030 mampu dijayakan bersama dengan gagasan Malaysia Madani yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak, Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, menjadi tanggungjawab semua pihak dari komponen parti Kerajaan Perpaduan untuk membina perpaduan, memupuk dan mengukuhkannya sehingga lahirnya kesepaduan
Jentera penerangan Kerajaan Perpaduan Perak perlu tangkas dan pantas bagi menepis dakyah serta pembohongan terutamanya yang disebarkan melalui media sosial serta sengaja dibuat oleh pihak ‘musuh’.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, meskipun berbeza ideologi dan perjuangan sebelum ini, Kerajaan Perpaduan Perak semakin kukuh selepas lebih setahun mentadbir negeri ini.
IPOH - Kerajaan Perpaduan Perak akan meneruskan Konvensyen Kerajaan Perpaduan di peringkat Parlimen, Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Pusat Daerah Mengundi (PDM) bagi meraih kembali kepercayaan rakyat dan akar umbi.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, penganjuran Konvensyen Kerajaan Perpaduan secara mini itu bakal melibatkan semua parti di bawah Kerajaan Perpaduan di mana setiap pimpinan akan diberi peluang menyampaikan ucapan. - MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad enggan memberi sebarang ulasan berkenaan isu pencen penjawat awam mahupun wakil rakyat sehingga beliau selesai meneliti perkara berkenaan.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Azri Ramli berkata, siasatan awal mendapati tiga daripada mangsa terlibat dikenal pasti sebagai pasangan suami isteri dan bapa kepada suami serta dua yang lain dipercayai.rakan mereka.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, kawasan runtuhan tanah yang terjejas itu berkeluasan 50 meter dan operasi SAR dipecahkan kepada empat sektor A, B, C dan D.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Azri Ramli berkata, mangsa lelaki warga Myanmar dan masih belum dikenal pasti identiti itu ditemui kira-kira 10 meter dari tapak asal lokasi rumah pekerja terbabit.