Miker Signature meneruskan tradisi tahunan menawarkan hidangan iftar sempena Ramadan dengan kenaikan harga hanya 90 sen berbanding tahun lalu bagi memastikan pelanggan masih dapat menikmati juadah berbuka pada harga berpatutan.
Gabungan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan-Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu Kerajaan (AUEGCAS) menyambut baik pengumuman kerajaan mengenai kenaikan laluan kerjaya daripada Gred 1 kepada Gred 5 bagi jawatan pembantu tadbir dalam perkhidmatan awam.
Sebanyak RM65,000 diperuntukkan bagi tujuan mengimarahkan bulan Ramadan melibatkan 19 buah masjid dan 92 buah surau serta surau diri Jumaat di parlimen ini.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, berkenan menyampaikan bantuan Hari Raya Aidilfitri Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) bagi tahun 2026 berjumlah RM12.6 juta di pekarangan Masjid An-Nur, Universiti Teknologi Petronas (UTP), Seri Iskandar di sini pada Jumaat.
MK Land Holdings Berhad (MK Land) meneruskan komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menyantuni lebih 250 anak-anak yatim dan pelajar tahfiz menerusi Siri Jelajah Ramadan MK Land di empat lokasi utama syarikat itu beroperasi sepanjang Ramadan ini.
Kerajaan Negeri Perak mengumumkan caruman sekali beri (one off) berjumlah RM50 bagi membuka akaun Skim i-Suri dan i-Saraa kepada semua ibu tunggal yang tersenarai dalam data e-Kasih daripada kategori miskin dan miskin tegar.
Dua penolong pengarah di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh pada Selasa atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM4,000 antara tahun 2020 hingga 2022.
Seorang pengurus di sebuah syarikat logistik dan pengangkutan didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh pada Selasa atas kesalahan memiliki 6,633 liter minyak diesel tanpa lesen, tiga tahun lalu.