Azam Baki kekal bertugas, kebebasan jawatan kuasa dipersoal

KUALA LUMPUR – Keputusan Kabinet menubuhkan jawatan kuasa bebas bagi menyiasat dakwaan terhadap Tan Sri Azam Baki, dipersoalkan selepas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu masih kekal bertugas ketika siasatan dijalankan.

Seorang peguam dan aktivis, Muhammad Rafique Rashid Ali yang mempersoalkan tindakan kerajaan itu berkata, seluruh negara dikejutkan dengan pendedahan agensi berita antarabangsa tentang adanya mafia korporat mengguna SPRM sebagai senjata ugut dan pelbagai perkara korup, selain persoalan pegangan saham langgar pekeliling penjawat awam.

“Rakyat Malaysia mahu tahu. Betulkah dakwan itu? Dari mana dapat wang sebanyak itu? Mengapa saham-saham ini terkait syarikat-syarikat yang akhirnya dapat tender-tender besar dari kerajaan? Adakah SPRM dijadikan alat penekan oleh mereka yang korup?,” soalnya dalam hantaran di Facebook.

Paling kurang pun, katanya, Azam mesti digantung tugas sementara siasatan dijalankan.

Namun, penggantung Azam tidak berlaku, sebaliknya kerajaan membentuk jawatan kuasa bebas.

Hujahnya, sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM, sudah tentu Azam ada kuasa penuh kepada agensi itu, dan ada akses pada semua kertas siasatan atau maklumat siasatan, mahupun risikan atau butiran salah laku.

Jadi, soalnya, mengapa Kabinet tidak arahkan sahaja Azam direhatkan sementara siasatan dibuat.

“Sebaliknya kita dapati PDRM telah mulakan siasatan kepada Bloomberg. Sepertimana Bloonberg disiasat kes kasino Forest City, yang sampai hari ini artikel itu masih ada belum dipadam.

“Kalau PDRM pantas siasat Bloomberg, sila siasat juga laporan polis Albet Tei di Petaling Jaya,” tambahnya.

Muhammad Rafique mendakwa, keputusan Kabinet kononnya tegas siasat Azam dengan jawatan kuasa bebas hanyalah tindakan kaburi mata rakyat, malah menyifatkan ia adalah langkah pertama sapu bawah karpet.

Menurutnya, tanggungjawab utama terletak kepada perdana menteri selaku pihak yang menasihati pelantikan dan penyambungan kontrak Azam, selain mendakwa Kabinet kini digunakan bagi mempertahankan Ketua Pesuruhjaya SPRM itu.

Beliau turut mempersoalkan kebebasan jawatan kuasa yang ditubuhkan, apabila mendakwa sebahagian ahlinya mempunyai hubungan kepada kepimpinan kerajaan sedia ada.

“Maka timbul persoalan, sejauh mana jawatankuasa ini benar-benar bebas?,” tanya beliau lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI