‘Azizah hanya pilih satu pencen sahaja’ – Anwar

IPOH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan agar wakil rakyat yang mempunyai lebih daripada satu pencen untuk memilih bagi menikmati hanya satu daripadanya sahaja.

Ahli Parlimen Tambun itu berkata, ini kerana terdapat wakil rakyat dan bekas wakil rakyat yang pernah menjawat beberapa jawatan serentak seperti menjadi Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), malah sehingga menjadi seorang menteri.

Mengambil contoh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Anwar berkata isterinya itu pernah menjawat beberapa jawatan di dalam kerajaan sama ada di negeri mahupun Persekutuan.

“Ada yang kata mantan menteri atau perdana menteri yang ada tiga atau empat pencen tersendiri daripada kerajaan iaitu pencen sebagai ADUN, Ahli Parlimen mahupun menteri. Daripada segi moralnya, pilih satu sahaja pencen,

“Ini termasuk Azizah. Beliau mempunyai pencen masing-masing sebagai doktor kerajaan, sebagai ADUN Selangor, dan Ahli Parlimen.

“Dan tentunya sebagai seorang yang bertanggungjawab, beliau memaklumkan kepada saya pagi tadi bahwa dia akan pilih hanya satu pencen sahaja,” katanya.

wan azizah pencen anwar ibrahim perdana menteri wan azizah pencen anwar ibrahim perdana menteri
Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Konvensyen Kerajaan Perpaduan Negeri Perak Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Casuarina Meru, Ipoh. Turut bersama Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 28 JANUARI 2024.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Perasmian Penutup Konvensyen Kerajaan Perpaduan Peringkat Negeri Perak di Hotel Casuarina@Meru, di sini, pada Ahad.

Hadir sama, Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Pengerusi BN Perak merangkap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, serta Pengerusi PH Perak, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa.

Dalam pada itu, Anwar memberi bayangan bahawa, bakal calon yang akan bertanding pada pilihan raya umum (PRU) kelak juga perlu menerima menjadi wakil rakyat tanpa skim pencen.

“Saya tidak bersetuju dengan pandangan orang politik harus dikecualikan, tetapi seperti biasa saya akan kemukakan pandangan ini tatkala kita sedang mengkaji pemansuhan skim persaraan.

“Saya juga akan menyatakan bahawa yang ia juga harus terpakai kepada orang politik. Maknanya pada PRU akan datang, yang tidak mahu menjadi calon disebabkan tiada skim pencen, itu baik,” ujarnya.

wan azizah pencen anwar ibrahim perdana menteri wan azizah pencen anwar ibrahim perdana menteri
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mengadakan tinjauan di pasaraya Mydin Meru Raya dan kaunter bergerak Lembaga Hasil Dalam Negeri Perak bagi semakan penerima STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Foto ABDULLAH YUSOF, 28 JANUARI 2024.

Sebelum ini, media melaporkan Ahmad Zahid berkata Kabinet bersetuju untuk menetapkan syarat bahawa penjawat awam baharu berstatus tetap selepas ini adalah tidak berpencen.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menjelaskan, status pencen penjawat awam sedia ada tidak akan terjejas, namun golongan yang baharu dilantik kelak perlu membuat caruman menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pengumuman itu bagaimanapun mencetuskan pelbagai pandangan apabila tindakan itu tidak dipersetujui kebanyakan rakyat dan lapisan pemimpin parti politik. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Mansuh pencen, Saarani mahu teliti dahulu sebelum ulas

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI