Bagi DAPSY cermin, kad OKU sekali – Dr Akmal

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh sekali lagi menyelar pihak yang mempertikaikan tindakannya bersuara dalam isu pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik di sebuah sekolah di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Menerusi satu kenyataan ringkas di media sosial, Dr Akmal memuat naik sindiran tajam kepada pihak tertentu yang dianggap gagal memahami asas patriotisme dan tanggungjawab terhadap simbol negara.

“Tolong bagi mereka ini (DAPSY) cermin dan kad OKU sekali.

“Malas nak taip panjang-panjang dah, sebab bebal sangat nak faham,” katanya di Facebook hari ini.

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada kritikan segelintir pihak yang mempertahankan pengurusan sekolah tersebut susulan dakwaan bahawa kesilapan itu dilakukan oleh seorang pekerja Orang Kurang Upaya (OKU).

Semalam, Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) menyifatkan Dr Akmal sebagai tidak konsisten dan bersikap hipokrit dalam isu bendera terbalik yang berlaku baru-baru ini di Port Dickson.

Penolong Setiausaha DAPSY Kebangsaan, Edmund Lim berkata, rakyat tidak memerlukan pemimpin yang hanya gemar menangguk di air keruh, sebaliknya perlukan suara yang tenang, matang dan menyatukan rakyat.

“Kita sudah lama nampak perangai Dr Akmal Saleh, beliau sentiasa mencari ruang untuk memanaskan isu kecil semata-mata mahu menimbulkan kebencian, sedangkan rakyat perlukan pemimpin yang matang, mampu menenangkan keadaan dan menyatukan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Dr Akmal turut menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tindakan terhadap pihak sekolah kerana membenarkan seorang pekerja OKU memasang bendera tanpa pengawasan, menyifatkannya sebagai kecuaian yang tidak boleh dimaafkan.

Isu bendera terbalik ini mencetuskan polemik apabila gambar insiden tersebut tular di media sosial dan mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk Kementerian Pendidikan yang memaklumkan siasatan sedang dijalankan.

Terdahulu, media melaporkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hua, memohon maaf secara terbuka kepada seluruh masyarakat melalui satu kenyataan yang dikongsikan Lembaga Pengelola, Persatuan Ibu Bapa dan Guru.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Lukut, Choo Ken Hwa berkata, pekerja yang memasang bendera Jalur Gemilang secara terbalik di sebuah sekolah di Port Dickson merupakan OKU. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI