Baham ternakan penduduk, Yop Jalong berjaya ditangkap

SUNGAI SIPUT – Seekor harimau jantan yang dilaporkan menganggu ternakan penduduk di Jalong di sini, berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, pada Rabu.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, harimau yang diberi nama Yop Jalong berusia dua tahun itu berjaya memasuki perangkap yang dipasang sejak 20 Jun lalu.

“Perangkap ini dipasang selepas menerima aduan berhubung serangan haiwan liar ke atas ternakan kambing penduduk.

“Harimau ini dipercayai masuk awal pagi tadi dan Pejabat Perhilitan Daerah Sungai Siput menerima laporan kejayaan itu sekitar jam 1.30 petang,” katanya ketika dihubungi.

Tambah Yusoff, pemeriksaan yang dijalankan mendapati Yop Jalong yang dianggarkan seberat 75 kilogram itu dilaporkan dalam keadaan sihat.

Katanya lagi, harimau belang itu dipercayai dari Hutan Simpan Bukit Kinta berhampiran.

“Kakitangan Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) Sungkai kini sedang melakukan operasi pemindahan untuk tindakan lanjut,” katanya. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Harimau ditemukan mati di tepi penghadang besi WCE

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI