Banjir di Perak: 130 masih di PPS

IPOH – Seramai 130 mangsa banjir dari 44 keluarga di daerah Perak Tengah masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS), setakat pagi Jumaat.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak memaklumkan, semua mereka ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang 3, Parit sejak ia dibuka pada Rabu malam.

“Semua mangsa banjir berkenaan dari Kampung Serapoh, dan Kampung Buloh Akar. Jumlah mangsa dan keluarga yang ditempatkan di PPS kekal sejak malam tadi,” katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

Dalam pada itu, berdasarkan kepada maklumat daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Stesen Sungai Ijok di Titi Ijok menunjukkan paras air Sungai Kerian melepasi paras bahaya iaitu 13.93 meter.

Pada masa sama, katanya, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan cuaca hujan dan ribut petir akan bermula sebelah petang hingga malam berlaku pada daerah Kuala Kangsar, Kinta dan Hulu Perak.

“Sementara cuaca di Perak Tengah diramalkan berada dalam situasi baik sehingga malam,” katanya lagi. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

209 mangsa banjir di Perak Tengah dipindahkan ke PPS

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI