Banjir di Perak: Jumlah mangsa terus rekod penurunan

IPOH – Situasi banjir di Negeri Perak terus menunjukkan perkembangan baik apabila 423 mangsa daripada 123 keluarga ditempatkan sementara di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah, setakat jam 8 malam Ahad.

Angka itu menunjukkan penurunan apabila ia berbanding 557 mangsa daripada 173 keluarga ditempatkan di lapan PPS pada pagi tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam satu kenyataan berkata, PPS Dewan Orang Ramai Kampung Teluk Kepayang di Daerah Perak Tengah ditutup pada jam 1 tengah hari selepas semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Katanya, dua PPS di daerah berkenaan iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Sagor dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Muzafar Shah 1 masing-masing masih diaktifkan sejak dibuka pada Rabu.

“PPS di SK Dato Sagor menempatkan 76 mangsa daripada 21 keluarga sementara tiga mangsa daripada satu keluarga masih berada di PPS SMK Sultan Muzafar Shah 1.

“Semetara di Daerah Kerian, PPS di SK Changkat Lobak dan SK Parit Haji Aman Bagan Serai masing-masing menempatkan 35 mangsa (11 keluarga) serta 27 mangsa (lapan keluarga),” katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.

Menurutnya lagi, tiga PPS di Daerah Hilir Perak iaitu di Dewan Serbaguna Padang Tembak, Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) Langkap dan Dewan Serbaguna Chikus masih menempatkan mangsa banjir.

Katanya, 46 mangsa daripada 17 keluarga dan 147 mangsa daripada 42 keluarga masing-masing berlindung di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak dan Dewan MPTI Langkap.

Tambah kenyataan sama, 89 mangsa daripada 23 keluarga masih ditempatkan sementara di PPS Dewan Serbaguna Chikus.

Dalam pada itu, katanya Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan paras Sungai Rui di Hulu Perak merekodkan bacaan amaran 165.69 meter sementara Sungai Perak di Bagan Datuk berada pada paras waspada (2.19 meter). – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Mangsa banjir di Perak menurun kepada 557 orang

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI