Banjir di Perak memburuk, 537 mangsa dipindahkan ke 10 PPS

IPOH: Situasi banjir di Perak semakin memburuk dengan 537 mangsa daripada 152 keluarga ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 4 petang pada Jumaat.

Jumlah berkenaan meningkat berbanding 150 mangsa daripada 52 buah keluarga yang ditempatkan di enam PPS pada jam 8 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak, dalam satu kenyataan berkata, jumlah daerah terjejas masih kekal tiga melibatkan daerah Kuala Kangsar, Hilir Perak dan Larut Matang dan Selama (LMS).

Menurutnya, empat PPS baharu yang dibuka melibatkan Dewan Orang Ramai Batu Hampar, Trong dan Sekolah Kebangsaan (SK) Matang Gelugor di daerah LMS manakala dua lagi di SK Temong dan Dewang Orang Ramai Kampung Talang Masjid di daerah Kuala Kangsar.

Paras semasa air banjir di kediaman sekitar Kampung Sungai Nibong di daerah LMS setakat petang ini. Foto, IHSAN APM PERAK.

“PPS SK Temerlok di Taiping merekodkan mangsa banjir paling ramai dipindahkan sebanyak 228 mangsa daripada 66 keluarga dari Kampung Temerlok dan Kampung Nibong.

“Ia selepas ban di Kampung Sungai Nibong pecah disebabkan jumlah hujan yang luar biasa semalam dan kerja-kerja membaikinya sedang dijalankan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS),” katanya.

Mengulas lanjut Sekretariat JPBN Perak berkata, seramai 382 mangsa daripada 109 keluarga dari 10 kampung dipindahkan ke enam PPS di daerah LMS, manakala Hilir Perak kekal dengan sebuah PPS menempatkan 45 mangsa daripada 11 keluarga.

Katanya lagi, seramai 110 mangsa daripada 32 keluarga dari enam kampung di daerah Kuala Kangsar ditempatkan di tiga PPS.

Anggota Angkatan Pertahana Awam (APM) membantu memindahkan mangsa banjir di Kampung Kuala Chempias Kuala Kangsar ke PPS berhampiran. Foto, IHSAN APM PERAK.

Terdahulu MG Perak melaporkan enam PPS iaitu Dewan Serbaguna Padang Tembak, Teluk Intan di Hilir Perak; SK Periang Sungai Siput di Kuala Kangsar serta Dewan Orang Ramai Sungai Baru Trong, Dewan Orang Ramai Jebong Kiri, Masjid Alwusta Batu 8 dan SK Temerlok di LMS.

Sementara itu, berdasarkan kepada data aras air sungai oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Sungai Kerian di daerah LMS merekodkan paras waspada iaitu 12.22 meter (m) berbanding paras normal 10m.

Tambahnya, paras Sungai Perak di Jambatan Kuala Kangsar juga merekodkan paras waspada setinggi 35.64 meter berbanding paras normal 32 meter setakat jam 4 petang ini. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

150 mangsa banjir di Perak dipindahkan di enam PPS

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI