Banjir: Jumlah mangsa di Muallim lepasi angka 100

IPOH – Mangsa yang terjejas akibat banjir kilat di Perak melepasi angka 100 apabila 134 mangsa di daerah Muallim ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS).

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak berkata, 25 keluarga telah ditempatkan di PPS Dewan Kampung Pauh Behrang Stesen dan SMK Khir Johari, Tanjung Malim setakat jam 6 petang.

“Mereka yang ditempatkan di PPS Dewan Kampung Pauh Behrang Stesen melibatkan lima mangsa dari satu keluarga dari Kampung Sri Behrang.

Banjir perak mangsa Muallim angka mangsa banjir PPS cuaca
Operasi pemindahan mangsa banjir di daerah Muallim. Foto Foto IHSAN APM PERAK

“Sementara 129 mangsa dari 24 keluarga ditempatkan di PPS SMK Khir Johari. Kesemua mereka dari Kampung Ketoyong, Kampung Lambak dan Kampung Kelawar,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Walau bagaimanapun katanya, cuaca di lokasi yang terjejas akibat banjir kilat itu cerah.

Selain itu, kata Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan paras air di Sungai Slim di Slim River dalam daerah Muallim berada paras normal iaitu 24.55 meter.

Terdahulu ujarnya, seramai 86 individu daripada 16 keluarga di Daerah Muallim ditempatkan di dua PPS susulan banjir ekoran cuaca hujan yang berpanjangan, sebelum jam 6 petang. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Banjir: 15 mangsa ditempatkan di dua PPS

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI