Banjir Manjoi: Satu PPS dibuka

IPOH – Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Kawasan Rukun Tetangga Kampung Tengku Hussein, Manjoi di sini pada hari ini susulan kejadian banjir yang melanda Kampung Manjoi dan Kampung Tengku Hussein, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kinta, Zulhisham Ahmad Shukori berkata, sebanyak 10 keluarga melibatkan 26 mangsa tidak dapat memasuki kediaman masing-masing berikutan kerja pembersihan rumah tidak dapat dilaksanakan pada hari ini.

“Sehubungan itu, PPS di dewan berkenaan diisytiharkan dibuka mulai hari ini, 17 Februari 2026 (Selasa) pada jam 5 petang,” katanya menerusi satu kenyataan ringkas pada Selasa.

Beliau turut memaklumkan bahawa kerjasama serta komitmen semua jabatan dan agensi yang terlibat dalam pengoperasian PPS ini amat diperlukan bagi memastikan kebajikan mangsa-mangsa banjir dapat dijaga dengan baik.

“Mangsa-mangsa yang menempatkan diri di PPS akan menerima bantuan serta sokongan sepanjang tempoh mereka tidak dapat kembali ke kediaman masing-masing,” ujarnya.

Sebelum ini, mangsa terbabit ditempatkan sementara di Masjid Al-Ghufran, Manjoi selepas kediaman mereka dinaiki air susulan hujan lebat pada Isnin. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

26 mangsa banjir dipindahkan ke masjid, tiada PPS dibuka di Ipoh

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI