Banjir Manjung: 31 mangsa berlindung di PPS

IPOH – Seramai 31 orang ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) selepas terjejas banjir kilat di tiga penempatan di Daerah Manjung, jam 4 petang, pada Isnin.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, kesemua mangsa daripada sembilan keluarga itu berlindung di PPS Sekolah Agama Rakyat (SAR) Padang Serai sejak ia dibuka Khamis lalu.

“Mereka yang ditempatkan di PPS berkenaan adalah dari Kampung Padang Serai, Kampung Kasi, dan Kampung Pengkalan Damar,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, Jabatan Meteorologi (METMalaysia) meramalkan Manjung akan mengalami cuaca hujan dan ribut pada waktu petang sehingga malam.

Tambahnya lagi, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula memaklumkan dua sungai di Negeri Perak masing-masing berada pada aras waspada.

Katanya, aras air di Sungai Rui di Hulu Perak merekodkan bacaan 165.44 meter sementara aras air di Sungai Slim, Muallim pada bacaan 23.90 meter.

Ujarnya lag, Jabatan Kerja Raya (JKR) pula memaklumkan, laluan A175 Jalan Selat-Pulau Pebayan di Perak Tengah masih lagi ditutup kepada semua kenderaan ekoran laluan itu dinaiki air setinggi 0.8 meter.

“Sementara di daerah sama, laluan A144 Jalan Pasir Garam-Pulau Tiga dan laluan A18 Jalan Bota Kiri-Teluk Sena telah dibuka kepada penguna kenderaan berat sahaja ekoran paras air semakin surut,” katanya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

18 mangsa banjir ditempatkan di PPS SAR Padang Serai

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI