Banjir Muallim pulih, PPS ditutup sepenuhnya

IPOH – Situasi banjir kilat di Daerah Muallim pulih sepenuhnya selepas pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi di Dewan Kampung Asli Chinggung ditutup pada Khamis.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Muallim, Mohd Salbi Bakri berkata, PPS berkenaan telah ditutup secara rasmi pada jam 10 pagi.

“Setelah membuat pemantauan bersama agensi penyelamat serta Pejabat Penghulu Mukim Hulu Bernam Timur mendapati keadaan ketika ini telah selamat daripada bencana banjir.

“Semua mangsa (yang ditempatkan di PPS) sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PPS berkenaan telah dibuka pada jam 6 petang Khamis lalu selepas Kampung Chinggong terjejas banjir kilat. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

423 mangsa banjir di Perak berlindung di PPS

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI