IPOH – Situasi banjir di Perak masih belum pulih sepenuhnya apabila seramai 2,888 mangsa melibatkan 971 keluarga dipindahkan ke 29 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8 pagi, pada Ahad.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak, dalam satu kenyataan berkata, daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi dengan 1,872 orang, Manjung (607), Kerian (278), Perak Tengah (110) dan Hilir Perak (24).
“Sebanyak 20 PPS dibuka di daerah LMS menempatkan 1,413 mangsa daripada 502 keluarga, manakala tiga PPS di Manjung membabitkan 363 mangsa daripada 107 keluarga,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
“Jumlah PPS di daerah LMS masih kekal 19 dengan Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang dalam daerah LMS menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi melibatkan 324 orang daripada 100 keluarga.
“Di Manjung, SK Sungai Batu di Pantai Remis masih mencatatkan paling ramai mangsa banjir iaitu 263 orang daripada 79 keluarga daripada lima PPS yang dibuka dalam daerah tersebut.
“Manakala di Kerian, seramai 168 mangsa daripada 50 keluarga ditempatkan di SK Kampung Dew daripada tiga PPS yang dibuka di daerah berkenaan.
“Perak Tengah pula merekodkan 110 mangsa daripada 31 keluarga yang ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Layang-layang Kiri, Parit manakala seramai 21 mangsa daripada 4 keluarga berada di Dewan Bandaran Majlis Perbandaran Teluk Intan dalam daerah Hilir Perak,“ katanya.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan tiada amaran hujan berterusan berlaku di sekitar Perak hari ini. – MG Perak
Artikel Berkaitan:


