Banjir Perak: Jumlah mangsa meningkat kepada 2,171

IPOH – Mangsa banjir di daerah Larut Matang dan Selama (LMS) dan Manjung terus meningkat kepada 2,171 orang melibatkan 759 keluarga setakat jam 8 pagi, pada Jumaat.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak, dalam satu kenyataan berkata, sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu di Dewan Orang Ramai (DOR) Kampung Ulu Sepetang di LMS telah ditutup.

“Sebelum ini 20 PPS dibuka bagaimanapun, satu PPS telah ditutup di LMS menjadikannya hanya 19 PPS yang masih beroperasi manakala jumlah PPS di Manjung kekal tiga.

“Jumlah mangsa di LMS turut meningkat daripada 1,413 mangsa daripada 502 keluarga kepada 1,784 mangsa daripada 638 keluarga.

“Manakala jumlah mangsa di Manjung pula bertambah daripada 363 mangsa membabitkan 107 keluarga kepada 387 mangsa daripada 121 keluarga,“ ujarnya.

Dalam pada itu katanya, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan beberapa stesen sungai di Perak iaitu di daerah LMS, Kerian, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Muallim telah melepasi bacaan paras normal.

“Stesen Kolam Air Bukit Merah, Stesen Sungai Kampar Kampung Baru Kuala Dipang dan Stesen Sungai Slim di Slim River telah merekodkan bacaan melepasi paras bahaya.

“Bagi Stesen Sungai Pelus di Kampung Lintang pula ia mencatatkan rekod bacaan aras amaran,“ jelasnya.

Katanya, tiga lagi stesen sungai iaitu di Sungai Kerian, Selama; Empangan Ulu Kinta dan Sungai Raia di Keramat Pulai merekodkan bacaan tahap waspada. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Banjir Perak: 1,776 mangsa dipindahkan ke 23 PPS di LMS, Manjung

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI