Banjir Perak: Jumlah mangsa meningkat kepada 2,806 orang

IPOH – Mangsa banjir di Perak terus meningkat kepada 2,806 melibatkan 955 keluarga di empat daerah setakat jam 8 malam ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak, dalam satu kenyataan berkata, kesemua mereka ditempatkan di 25 pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Larut Matang dan Selama (LMS), Manjung, Kerian dan Perak Tengah.

“Daripada jumlah itu, LMS merekodkan jumlah mangsa tertinggi membabitkan 2,006 orang,  Manjung (533), Kerian (162) dan Perak Tengah (105).

“Jumlah PPS di daerah LMS masih kekal 19 dengan Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang dalam daerah LMS menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi melibatkan 398 orang daripada 127 keluarga.

“Di Manjung, SK Sungai Batu di Pantai Remis mencatatkan paling ramai mangsa banjir iaitu 297 orang daripada 88 keluarga daripada empat PPS yang dibuka dalam daerah tersebut,“ ujarnya.

Katanya, Perak Tengah pula merekodkan 105 mangsa daripada 30 keluarga yang ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Layang-layang Kiri, Parit manakala seramai 162 mangsa daripada 44 keluarga berada di SK Kampung Dew dalam daerah Kerian,“ katanya.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan beberapa stesen sungai di Perak iaitu di daerah LMS, Kerian, Kinta, Kampar dan Muallim telah melepasi bacaan paras normal.

“Stesen Kolam Air Bukit Merah masih merekodkan bacaan melepasi paras bahaya manakala Empangan Ulu Kinta dan Sungai Kampar di Kampung Baru Kuala Dipang mencatatkan rekod bacaan aras amaran,“ ujarnya.

Katanya, empat lagi stesen sungai iaitu di Sungai Kerian, Selama; Sungai Chepor, Kampung Che Zainal; Sungai Raia di Keramat Pulai dan Sungai Slim, Slim River merekodkan bacaan tahap waspada. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Ahli Parlimen Bukit Gantang segera bantu baiki kubur terjejas akibat banjir

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI