Banjir Perak: Jumlah mangsa menurun, dua PPS ditutup

IPOH – Perkembangan situasi banjir di Negeri Perak menunjukkan penurunan jumlah mangsa dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat pagi Sabtu.

Setakat jam 8 pagi, seramai 529 mangsa daripada 163 keluarga ditempatkan di PPS berbanding 560 mangsa daripada 168 keluarga pada jam 8 malam Jumaat.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak, memaklumkan dua PPS yang ditutup adalah di Taiping iaitu PPS Masjid Al-Wusta 8 serta Dewan Orang Ramai Jebong Kiri yang mana mangsa dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Matang.

Katanya, dalam daerah sama, PPS Dewan Orang Ramai Sungai Baru Trong menempatkan 48 mangsa daripada 13 keluarga, 22 mangsa daripada lapan keluarga (PPS SK Matang), dan 224 mangsa daripada 66 keluarga (PPS SK Temerlok).

banjir perak dewan orang ramai PPS pusat pemindahan sementara mangsa keluarga banjir
Situasi di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Sungai Baru. Foto, IHSAN APM PERAK.

Ujarnya lagi, sementara 17 mangsa daripada empat keluarga ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Batu Hampar, Trong, serta 53 mangsa daripada 16 keluarga ditempatkan di PPS SK Matang Gelugor, setakat pagi tadi.

“Bagi di Hilir Perak, sebuah PPS masih dibuka iaitu di Dewan Serbaguna Padang Tembak dengan menempatkan 48 mangsa daripada 13 keluarga.

“Semenetara di Kuala Kanngsar, 42 mangsa daripada 16 keluarga masih ditempatkan di PPS Periang, 21 mangsa daripada lapan keluarga (PPS SK Temong), 28 mangsa daripada 16 keluarga (PPS SK Clifford) serta 40 mangsa daripada lapan keluarga di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Talang Masjid,” katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.

Pada masa sama, menurut dadual data daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri, semua 20 stesen menunjukkan paras air sungai dan dua empangan berada dalam keadaan normal setakat pagi ini. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Banjir di Perak memburuk, 537 mangsa dipindahkan ke 10 PPS

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI