Banjir Perak: Jumlah mangsa menurun malam ini

IPOH – Jumlah mangsa yang terjejas akibat banjir di Hilir Perak merekodkan penurunan kepada 39 orang berbanding 60 orang, setakat jam 8 malam Rabu.

Jurucakap Sekiterat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, daripada angka itu ia melibatkan seramai 10 keluarga dari lapan kawasan penempatan.

“Kesemua mangsa ditempatkan di sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu di Dewan Serbaguna Padang Tembak.

“Mereka dari kawasan Batu 9, Lorong Kedah, Lorong Belakang Klinik, Lorong Sidang Osman, Batu 7, Batu 8, Lorong Imam Khairi serta Lorong Mesra.

“PPS berkenaan telah mula diaktifkan sejak Sabtu minggu lalu,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sementara itu, katanya berdasarkan maklumat daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak, paras air Sungai Bidor di Changkat Jong melepasi aras amaran iaitu 3.29 meter.

Manakala Jabatan Meteorologi (METMalaysia) memaklumkan, kesemua daerah di Perak diramalkan mengalami cuaca hujan pada malam ini kecuali cuaca baik di Hulu Perak. -MG Perak.

 

Artikel Berkaitan:

Mangsa banjir di Teluk Intan terus menurun

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI