Banjir Perak: Lebih 400 masih berlindung di tujuh PPS

IPOH – Seramai 443 orang mangsa banjir di negeri Perak masih berlindung di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah, setakat jam 10 malam Isnin.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak berkata, kesemua mangsa daripada 130 keluarga itu masing-masing dari daerah Kerian; Larut, Matang dan Selama (LMS); Manjung serta Perak Tengah.

Katanya, seramai 27 mangsa dari tujuh keluarga dari Kampung Matang dan Kampung Jaha Perak di LMS masih ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Matang.

“Sementara di Manjung, PPS SK Sungai Batu menempatkan 114 mangsa dari 36 keluarga yang kesemuanya dari Kampung Nelayan, Kampung Sungai Batu, Taman Pantai Wang, Kampung Lorong Masjid, serta Pantai Tin.

“Selain itu, 124 mangsa dari 35 keluarga dari Kampung Padang Serai berlindung di PPS Sekolah Agama Rakyat (SAR) Padang Serai.

“PPS SK Pantai Remis pula masih menempatkan 26 mangsa dari enam keluarga yang terjejas banjir di Taman Bintang,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Tambahnya, di Kerian pula, PPS Dewan Serbaguna Gunung Semanggol masih memberi perlindungan kepada 27 mangsa dari enam keluarga dari Kampung Batu 9 dan Alor Setangguk.

Menurut kenyataan sama, 125 mangsa daripada 40 keluarga dari Kampung Alor Setangguk, Kampung Padang Lalang, Kampung Tebuk Panchor dan Parit Air Hitam ditempatkan di PPS SK Parit Haji Aman.

“Pada masa sama, 28 mangsa dari lima keluarga yang terjejas dengan insiden kebakaran di Kampung Terengganu di Hilir Perak berlindung di PPS Dewan Bandaran Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI),” katanya lagi.

Selain itu JPBN memberitahu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) merekodkan paras sungai di Stesen Empangan Ulu Kinta berada pada bacaan amaran iaitu 248.16 meter. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

932 mangsa banjir di Perak masih ditempatkan di 10 PPS

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI