IPOH – Satu lagi pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan mangsa banjir di Negeri Perak ditutup pada Rabu.
Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak di Hilir Perak telah ditutup selepas semua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing pada jam 1.30 tengah hari.
Katanya, ia secara langsung jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di negeri ini terus menurun kepada 128 orang berbanding 135 sebelum tengah hari.
“Ketika ini hanya dua PPS di Kerian sahaja yang masih aktif masing-masing di SK Changkat Lobak dan SK Parit Haji Aman Bagan Serai.
“Setakat ini seramai 71 mangsa dari Kampung Matang Tengah dan Kampung Beriai ditempatkan di PPS SK Changkat Lobak.
“Sementara 57 mangsa dari Kampung Air Itam 2, Kampung Parit Ali Kalang, Kampung Beriah Alor Pongsu dan Batu 40 Jalan Keretapi Bukit Merah masih berada di PPS SK Parit Haji Aman Bagan Serai,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.
Menurutnya lagi, Jabatan Meteorologi (METMalaysia) meramalkan Kerian dijangka mengalami cuaca ribu pada petang dan hujan sebelah malam. – MG Perak
Artikel Berkaitan: