Banjir Perak: Tiga PPS dibuka, 180 mangsa di Pantai Remis

IPOH – Sebanyak tiga pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa banjir dibuka di daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) serta Manjung susulan cuaca hujan berterusan, pada Khamis

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak berkata, satu PPS dibuka di LMS iaitu Dewan Orang Ramai Simpang Halt, Taiping.

Katanya, sementara dua PPS dibuka di Manjung iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Batu Pantai Remis dan Sekolah Agama Rakyat Padang Serai Pengkalan Baru.

“PPS SK Sungai Batu Pantai Remis menempatkan 180 mangsa daripada 44 keluarga yang terjejas banjir di Kampung Sungai Batu dan Kampung Nelayan.

“Sementara di dua lagi PPS, pasukan penyelamat masih menjalankan proses pemindahan mangsa banjir dari kawasan penempatan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Dalam pada itu katanya, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan dua stesen sungai di Perak iaitu di daereah Kinta dan Kampar masing-masing melepasi bacaan paras normal.

“Stesen Empangan Ulu Kinta mencatatkan bacaan tahap waspada iaitu 247.83 meter, sementara Stesen Sungai Kampar Kampung Baru Kuala Dipang merekodkan bacaan aras amaran (22.49 meter),” katanya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Situasi banjir di LMS pulih

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI