Banjir Sumatera: Tiga rakyat Malaysia selamat, dua masih hilang

KUALA LUMPUR – Tiga rakyat Malaysia berusia antara 63 hingga 64 tahun yang sebelum ini gagal dihubungi sejak 27 November akhirnya ditemui di sebuah kawasan terpencil yang terputus hubungan akibat banjir yang melanda Sumatera.

Menurut Wisma Putra, Konsulat Jeneral Malaysia di Medan memaklumkan ketiga-tiga mereka berjaya dibawa keluar hasil operasi penyelamatan yang disokong Tentera Udara Indonesia sebelum diterbangkan dari Lapangan Terbang Rembele, Takengon ke Medan.

“Kesemua mangsa selamat tiba di Lapangan Terbang Kualanamu petang semalam.

“Konsulat Jeneral sedang mengatur kepulangan mereka ke Malaysia secepat mungkin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun menurut Wisma Putra, seorang lagi wanita warganegara Malaysia berusia 64 tahun masih belum dapat dikesan.

“Usaha pengesanan masih diteruskan dengan kerjasama rapat antara Konsulat Jeneral, pihak berkuasa tempatan dan rangkaian komuniti setempat,” jelas Wisma Putra dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Wisma Putra turut memaklumkan operasi SAR bagi mengesan rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang dalam kejadian tanah runtuh di Padang Panjang kini memasuki hari ketujuh.

Jelas kementerian itu, usaha mencari masih diteruskan di kawasan tebing sungai dan zon tanah runtuh berhampiran Jambatan Kembar.

“Konsulat Jeneral terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Indonesia dan memberikan bantuan sewajarnya kepada keluarga mangsa yang kini berada di lokasi bagi membantu dalam proses pengecaman dan pengesahan,” kata Wisma Putra lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI