MANJUNG – Beberapa kampung dan kawasan pertanian di sekitar daerah ini digenangi air akibat banjir termenung susulan hujan pada Rabu lalu.
Menurut jurucakap Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Manjung, antara lokasi yang terjejas adalah Kampung Padang Serai, Kampung Kasi, Kampung Pengkalan Damar serta beberapa kampung di Mukim Pengkalan Baru dan Mukim Beruas.
“Kejadian hujan lebat sekitar jam 1 pagi Rabu lalu menyebabkan banjir termenung berlaku di beberapa kawasan.
“Setakat ini, sebanyak 11 buah rumah dinaiki air kebanyakkannya di halaman rumah malah terdapat kawasan pertanian yang turut ditenggelami air.
“Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga telah memulakan kerja-kerja mengepam air untuk mempercepatkan proses pengeluaran air yang bertakung serta melancarkan aliran air,“ katanya dalam satu kenyataan ringkas pada Khamis.
Katanya, sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Agama Rakyat (SAR) Padang Serai, Pengkalan Baru turut dibuka pada jam 1.30 petang tadi bagi menempatkan dua buah keluarga yang terjejas dalam kejadian banjir itu. – MG Perak
Artikel Berkaitan:
Banjir kilat tak berkesudahan di Sungai Rokam