Bantu cari Nurul Aishah Farhana Azni

KUALA LUMPUR- Orang ramai diminta membantu mengesan Nurul Aishah Farhana Azni, 17, yang dilaporkan hilang sejak semalam.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus, laporan mengenai kehilangan gadis itu dibuat oleh bapa mangsa pada 12.42 tengah hari tadi di Balai Polis Batang Kali.

“Nurul Aishah Farhana dipercayai dilihat kali terakhir di Kedai Makan Sakon Thai, Jalan Mahagoni 7/1A Bandar Utama Batang Kali, Selangor pada 9.30 malam semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Asri berkata Nurul Aishah Farhana berkulit cerah dengan ketinggian antara 150 hingga 155 sentimeter serta anggaran berat 50 hingga 55 kilogram.

Remaja itu kali terakhir dilihat berpakaian kemeja-T berwarna biru gelap, berlengan panjang, berseluar hitam dan memakai sandal berwarna coklat cerah serta bertudung hitam.

“Polis menyeru orang ramai yang menjumpai atau mempunyai maklumat mengenai remaja ini supaya menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat jenayah Insp Muhammad Saiful Abdul Rahman di talian 03-60641222 dan talian Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di 03-60641223,” katanya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI