Bantuan awal persekolahan: Guru besar, pengetua diingatkan patuh garis panduan

SERI ISKANDAR – Kerajaan Negeri Perak meminta agar semua guru besar dan pengetua sekolah di negeri ini untuk mematuhi garis panduan yang ditetapkan Kementerian Pendidikan (KPM) berhubung pengagihan wang bantuan awal persekolahan.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri, Khairudin Abu Hanipah berkata, saranan itu bagi memastikan insiden sejumlah wang bantuan awal persekolahan untuk sebuah sekolah di Selangor disamun pada tahun lalu tidak berlaku di Perak.

Khairudin Abu Hanipah Khairudin exco perak wang bantuan awal persekolahan bantuan persekolahan guru besar pengetua sekolah perak exco perak bantuan sekolah perak Khairudin Abu Hanipah Khairudin exco perak wang bantuan awal persekolahan bantuan persekolahan guru besar pengetua sekolah perak exco perak bantuan sekolah perak
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak merangkap ADUN Belanja, Khairudin Abu Hanipah (dua, kiri) hadir menyampaikan sumbangan alat tulis kepada calon-calon SPM 2023 di Perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Iskandar, Bota, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 23 JANUARI 2024.

“Apabila proses pengeluaran wang bantuan itu telah berlaku, guru besar atau pengetua terbabit sepatutnya tidak boleh singgah untuk minum atau bersantai pula di mana-mana.

“Sepatutnya, mereka perlu terus pulang ke sekolah untuk urusan-urusan pengagihan bantuan itu, bagi mengelakkan daripada diekori yang mendorong kepada sebarang kejadian tidak diingini.

“KPM, Jabatan Pendidikan Negeri, mahupun Pejabat Pendidikan Daerah telah memaklumkan prosedur berhubung perkara itu. Namun mungkin ada yang menganggap perkara itu tidak serius,” katanya.

Khairudin Abu Hanipah Khairudin exco perak wang bantuan awal persekolahan bantuan persekolahan guru besar pengetua sekolah perak exco perak bantuan sekolah perak Khairudin Abu Hanipah Khairudin exco perak wang bantuan awal persekolahan bantuan persekolahan guru besar pengetua sekolah perak exco perak bantuan sekolah perak
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak merangkap ADUN Belanja, Khairudin Abu Hanipah pada sesi sidang media selepas menyampaikan sumbangan alat tulis kepada calon-calon SPM 2023 di Perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Iskandar, Bota, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 23 JANUARI 2024.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan alat tulis kepada 196 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Iskandar, pada Selasa.

Antara yang disumbangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belanja itu ialah pen, pensel, pemadam, pembaris serta bekas alat tulis lutsinar yang mematuhi prosedur Lembaga Peperiksaan.

Khairudin sebelum itu diminta mengulas berkenaan saranan kerajaan negeri dalam memastikan insiden samun wang bantuan awal persekolahan di Beranang, Kajang pada Januari tahun lalu tidak berlaku di Perak.

Khairudin Abu Hanipah Khairudin exco perak wang bantuan awal persekolahan bantuan persekolahan guru besar pengetua sekolah perak exco perak bantuan sekolah perak Khairudin Abu Hanipah Khairudin exco perak wang bantuan awal persekolahan bantuan persekolahan guru besar pengetua sekolah perak exco perak bantuan sekolah perak
Pelajar-pelajar kelihatan gembira menerima sumbangan alat tulis yang disampaikan oleh Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak merangkap ADUN Belanja, Khairudin Abu Hanipah di Perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Iskandar, Bota, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 23 JANUARI 2024.

Pada 16 Januari tahun lalu, media melaporkan wang berjumlah lebih RM109,000 baru saja dikeluarkan oleh Guru Besar sekolah berkenaan sebelum cermin kenderaannya dipecahkan ketika pergi membeli minuman.

Dalam pada itu, Khairudin berkata sehingga kini tiada kes seumpama itu dilaporkan berlaku di Perak.

Beliau menjelaskan antara prosedur yang harus dipatuhi guru besar dan pengetua berhubung pengurusan wang bantuan awal persekolahan itu adalah perlu diiringi dua orang guru bagi pengeluaran tunai melebihi RM10,000.

“Manakala, bagi pengeluaran wang melebihi RM10,000, guru besar dan pengetua perlu mendapatkan perkhidmatan polis pengiring (berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP 137) mengenai Tanggungjawab Bagi Wang Tunai Dalam Perjalanan),” katanya lagi. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Wang Bantuan Awal Persekolahan RM109,000 disamun berhampiran bank

Cadangan pasang CCTV di sekolah diteliti sebelum dibawa ke Mesyuarat Exco

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI