Bapa 6 anak mengaku bersalah rogol, cabul anak kandung

IPOH – Bapa kepada enam orang anak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, pada Jumaat atas pertuduhan merogol dan mencabul anak kandungnya antara Februari dan Mac tahun ini.

Tertuduh yang berusia 38 itu mengaku bersalah ke atas kedua-dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Norita Mohd Ardani.

Menerusi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol anak perempuannya yang berusia 19 tahun yang mana perhubungan antara mereka tidak dibenarkan oleh undang-undang untuk berkahwin.

Dia didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada Februari lalu antara jam 10 malam hingga 12 tengah malam.

Berikutan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan serta membawa hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan maksimum 30 tahun dan sebatan tidak kurang 10 sebatan.

Manakala bagi pertuduhan kedua, penganggur terbabit didakwa telah melakukan kekerasan jenayah kepada mangsa yang sama dengan niat untuk mencabul kehormatannya di lokasi sama sekitar jam 8.30 pagi 20 Mac 2024.

Justeru, tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman daripada hukuman tersebut.

Mahkamah menetapkan 17 April depan untuk hukuman dan fakta kes.

Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Qurratu’aini Khalifah manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Sarjan polis mengaku tidak bersalah rogol remaja 16 tahun

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI