Bapa disyaki perkosa anak gadis berulang kali sejak 7 tahun lalu ditahan

GERIK – Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki memperkosa anak perempuannya berusia 17 tahun berulang kali sejak tujuh tahun lalu pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu, Deputi Superintendan Zulkepli Ibrahim berkata, suspek berusia 43 tahun itu ditahan sekitar jam 3.40 petang di Perkarangan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Pengkalan Hulu.

Menurutnya, tangkapan ke atas suspek susulan laporan seorang kaunselor berusia 37 tahun selepas dimaklumkan mengenai kejadian tersebut oleh mangsa sewaktu satu sesi kaunseling pada hari yang sama.

“Dalam keterangannya, mangsa memaklumkan kejadian kali pertama berlaku pada tahun 2017 semasa berusia 10 tahun dan berlanjutan sehingga mangsa berusia 14 tahun pada tahun 2020.

“Mangsa juga pernah mengadu kepada ibu saudaranya yang kemudian  bertindak berhadapan dengan suspek, namun dinafikan sekerasnya oleh suspek,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, kes disiasat dibawah seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun dan akan dihukum dengan sebatan jika sabit kesalahan.

Katanya, suspek direman selama tujuh hari mulai hari ini sehingga 30 Mei bagi membantu siasatan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Bapa 6 anak mengaku bersalah rogol, cabul anak kandung

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI