Bapa dua anak mengaku tidak salah cabul rakan sekerja

TELUK INTAN – Seorang Operator Kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, atas pertuduhan mencabul rakan sekerja di salah sebuah kilang sarung tangan, di Changkat Jong, 12 Ogos lalu.

Tertuduh, Syamsul Syawal Hosnon, 35, membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacaan di hadapan Majistret Naidatul Athirah Azman.

Mengikut pertuduhan bapa kepada dua cahaya mata itu didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan rakan sekerja yang juga seorang wanita berusia 28 tahun.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu sekitar jam 2.00 petang pada 12 Ogos lalu di salah sebuah kilang sarung tangan di Batu 8, Jalan Changkat Jong, di sini.

Perbuatan itu didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Izzudin Fakri Hamdan manakala tertuduh diwakili peguam Khairul Anuar Musa.

Seorang Operator Kilang, Syamsul Syawal Hosnon, 35, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, atas pertuduhan mencabul rakan sekerjanya di salah sebuah kilang sarung tangan, di Mahkamah Majistret Teluk Intan. Foto, ABDULLAH YUSOF 23 OGOS 2024.

Terdahulu, Izzudin Fakri mencadangkan ikat jamin sebanyak RM6,000 beserta syarat tambah tidak menganggu mangsa sehingga selesai kes.

Khairul Anuar kemudiannya memohon kepada Naidatul Athirah agar jumlah jaminan dikurangkan beserta seorang penjamin memandangkan tertuduh menanggung isteri, dua anak dan kos perubatan ibu bapanya dengan pendapatan RM1,800 sebulan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan lelaki itu tidak mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Naidatul Athirah turut menetapkan sebutan semula kes 30 September hadapan bagi serahan dokumen.

Berdasarkan laporan polis, tertuduh memegang punggung mangsa ketika wanita itu yang bertugas sebagai penyelia sedang memantau bahagian pengeluaran di kilang sarung tangan getah tempat mereka berdua bekerja.

Mangsa memarahi tertuduh, namun lelaki itu hanya ketawa. Mangsa kemudiannya bertindak membuat laporan polis demi keselamatan dirinya. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Penganggur cabul cucu saudara umur enam tahun direman

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI