Bau busuk premis proses bangkai haiwan ganggu penduduk

BATU GAJAH – Busuk dan meloyakan. Itu situasi yang dihadapi 2,000 penduduk apabila terpaksa menghidu bau bangkai haiwan dari sebuah premis haram di Kampung Baru Chenderong di Jalan Tanjung Tualang, dekat sini, sejak lima tahun lalu.

Difahamkan, premis yang dijadikan tempat memproses bangkai haiwan seperti ayam, anjing, dan itik di atas tanah berkeluasan kira-kira 0.4 hektar itu telah disewakan daripada sebuah syarikat hartanah dan ia terletak kurang 500 meter dari kampung.

Lalat menghurungi sekitar premis haram memproses bangkai haiwan di Kampung Baru Chenderong di Jalan Tanjung Tualang.
Difahamkan, premis yang dijadikan tempat memproses bangkai haiwan seperti ayam, anjing, dan itik di atas tanah berkeluasan kira-kira 1 ekar itu telah disewakan daripada sebuah syarikat perumahan dan ia terletak kurang 500 meter dari kampung. Foto ABDULLAH YUSOF, 27 MAY 2024.
 Kampung Baru Chenderong penduduk bangkai haiwan batu gajah azlan helmi exco perak bau
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah, Mohd Azlan Helmi Helmi menyertai serbuan sebuah premis haram memproses bangkai haiwan di Kampung Baru Chenderong di Jalan Tanjung Tualang.
Difahamkan, premis yang dijadikan tempat memproses bangkai haiwan seperti ayam, anjing, dan itik di atas tanah berkeluasan kira-kira 1 ekar itu telah disewakan daripada sebuah syarikat perumahan dan ia terletak kurang 500 meter dari kampung. Foto ABDULLAH YUSOF, 27 MAY 2024.

Menurut Ketua Kampung, Hoo Kit Yin, 50, masalah berkenaan lebih menggusarkan apabila penyewa tanah di situ seperti memekakkan telinga walaupun telah berkali-kali ditegur penduduk susulan aktivitinya.

Katanya, penduduk Kampung Baru Chenderong hidup dalam keadaan yang tidak selesa kerana terpaksa berhadapan dengan situasi bau bangkai haiwan yang kurang menyenangkan pada setiap hari.

 Kampung Baru Chenderong penduduk bangkai haiwan batu gajah azlan helmi exco perak bau
Temubual Ketua Kampung Baru Chenderong, Hoo Kit Yin, 50, di Jalan Tanjung Tualang. Foto ABDULLAH YUSOF, 27 MAY 2024.

“Mereka akan proses bangkai-bangkai haiwan itu pada sebelah pagi setiap hari, dan bau yang kurang menyenangkan akan ada sehingga ke waktu malam.

“Kami telah pun berjumpa dengan mereka yang menjalankan aktiviti itu untuk minta segera menghentikannya, akan tetapi mereka tetap menjalankannya,” katanya.

Premis haram memproses bangkai haiwan di Kampung Baru Chenderong di Jalan Tanjung Tualang.
Difahamkan, premis yang dijadikan tempat memproses bangkai haiwan seperti ayam, anjing, dan itik di atas tanah berkeluasan kira-kira 1 ekar itu telah disewakan daripada sebuah syarikat perumahan dan ia terletak kurang 500 meter dari kampung. Foto ABDULLAH YUSOF, 27 MAY 2024.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada serbuan dilakukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah, Mohd Azlan Helmi Helmi di Kampung Baru Chenderong, pada Isnin.

Ia turut disertai, wakil-wakil Pejabat Tanah dan Daerah Kinta, Majlis Daerah Batu Gajah, serta 50 penduduk.

Premis haram memproses bangkai haiwan di Kampung Baru Chenderong di Jalan Tanjung Tualang.
Difahamkan, premis yang dijadikan tempat memproses bangkai haiwan seperti ayam, anjing, dan itik di atas tanah berkeluasan kira-kira 1 ekar itu telah disewakan daripada sebuah syarikat perumahan dan ia terletak kurang 500 meter dari kampung. Foto ABDULLAH YUSOF, 27 MAY 2024.

Dalam pada itu Kit Yin, mendakwa premis berkenaan menjalankan aktiviti memproses bangkai-bangkai haiwan bagi tujuan pembuatan makanan ikan sebelum dijual kepada penternak.

“Lori-lori yang datang membeli bangkai yang diproses itu akan melalui kampung kami, dan ia mengundang bau busuk ke dalam rumah setiap hari.

“Oleh itu, kami minta agar tempat itu dapat ditutup segera kerana kami mahu menghirup udara bersih,” katanya lagi.

Premis haram memproses bangkai haiwan di Kampung Baru Chenderong di Jalan Tanjung Tualang.
Difahamkan, premis yang dijadikan tempat memproses bangkai haiwan seperti ayam, anjing, dan itik di atas tanah berkeluasan kira-kira 1 ekar itu telah disewakan daripada sebuah syarikat perumahan dan ia terletak kurang 500 meter dari kampung. Foto ABDULLAH YUSOF, 27 MAY 2024.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah, Mohd Azlan Helmi Helmi pada sidang media ketika menyertai serbuan sebuah premis haram memproses bangkai haiwan di Kampung Baru Chenderong di Jalan Tanjung Tualang. Foto ABDULLAH YUSOF, 27 MAY 2024.

Dalam pada itu, Mohd Azlan yang juga Exco Kerajaan Negeri Perak memberitahu, hasil maklumat diperoleh, premis berkenaan menjalankan operasi memproses bangkai haiwan secara haram.

Jelas beliau, susulan itu Majlis Daerah Batu Gajah telah mengeluarkan kompaun sebanyak RM1,500 kepada pihak terbabit pada awal bulan ini, namun tetap menjalankan operasi didakwa secara senyap-senyap.

Ujar beliau lagi, bau yang kurang menyenangkan itu juga dikatakan turut memberi kesan kepada pengunjung di Taman Tema Escape Ipoh yang terletak kira-kira 1 kilometer (km) dari Kampung Baru Chenderong.

Premis haram memproses bangkai haiwan di Kampung Baru Chenderong di Jalan Tanjung Tualang.
Difahamkan, premis yang dijadikan tempat memproses bangkai haiwan seperti ayam, anjing, dan itik di atas tanah berkeluasan kira-kira 1 ekar itu telah disewakan daripada sebuah syarikat perumahan dan ia terletak kurang 500 meter dari kampung. Foto ABDULLAH YUSOF, 27 MAY 2024.

“Kita akan panggil pihak penyewa dan pemilik tanah untuk kita pastikan premis ini ditutup dalam kadar segera. Saya bagi tempoh dalam masa sebulan ini, dan saya tidak mahu bertoleransi dalam hal ini.

“Kerajaan negeri tidak menghalang mana-mana pihak mahu melakukan perusahaan, namun ia harus di lokasi yang tepat dan dilakukan secara sah, tanpa melibatkan kacau ganggu awam,” ujarnya.

Menurut Mohd Azlan, sekiranya pihak terbabit masih juga berdegil, Pejabat Tanah dan Daerah Kinta akan merampas semula tanah berkenanaan di bawah Seksyen 217 Kanun Tanah Negara. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Tular sate ‘daging anjing’, di Sitiawan tidak benar

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI