KUALA LUMPUR – Semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) boleh membuat tebusan Baucar Buku Guru Madani bernilai RM100 bermula pada 1 Julai hingga 30 September 2025, kata Kementerian Pendidikan.
Bagi tujuan penebusan, PPP perlu melayari laman utama DELIMa di https://d2.delima.edu.my/login dan klik pautan TEBUS BAUCAR BUKU
GURU MADANI 2025.
Inisiatif tersebut memberi manfaat kepada lebih 430,000 PPP bawah KPM telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu Majlis Perasmian Penutup Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025.
Kementerian ini menambah, ia adalah hadiah ilmu bagi golongan pendidik bertujuan untuk membudayakan amalan membaca dan pembelajaran sepanjang hayat. – MalaysiaGazette