Bayi lapan bulan maut tertinggal hampir 8 jam dalam kereta

KUALA LUMPUR – Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan meninggal dunia selepas disyaki ditinggalkan ibunya di dalam kereta selama hampir lapan jam, di parkir Hospital Canselor Tunku Muhriz (HCTM), Cheras di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP  Zam Halim Jamaluddin berkata dalam kejadian kira-kira 7.20 pagi itu, ibu mangsa, seorang doktor di hospital terbabit membawa bayi itu untuk dihantar ke taska.

“Mangsa diletakkan di bahagian belakang penumpang sebelah kiri kereta untuk dihantar ke taska tetapi ibu bayi berkenaan terus ke tempat kerja dengan anggapan mangsa telah pun dihantar ke taska.

“Ibu mangsa hanya menyedari anaknya masih berada dalam kereta pada petang hari yang sama selepas dimaklumkan oleh suaminya bahawa mangsa tidak dihantar ke taska,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Zam Halim berkata mangsa yang merupakan anak bongsu daripada dua adik beradik disahkan meninggal dunia pada pukul 5.53 petang hari yang sama oleh pegawai perubatan HCTM.

Beliau berkata keterangan daripada ibu mangsa akan diambil selepas selesai urusan pengebumian.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu pengabaian terhadap kanak-kanak.

— BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI