Bazar Ramadan Rahmah tawar makanan bawah RM5

IPOH – Konsep Bazar Ramadan Rahmah (BRR) yang diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada tahun lalu diteruskan lagi pada tahun ini dengan menawarkan harga Menu Rahmah yang berpatutan.

Menerusi BRR peniaga dapat membantu dalam usaha untuk mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat.

Tinjauan MG Perak di BRR Taman Cempaka di sini pada Khamis mendapati menu ditawarkan dengan harga berbaloi dan mampu dibeli oleh orang ramai.

Antara makanan yang ditawarkan dengan harga murah termasuklah murtabak ayam keju dan murtabak daging keju sekitar jam RM4, nasi ayam, bihun sup dan sup tulang berharga RM5.

Selain makanan berat, terdapat juga pencuci mulut dan kuih-muih yang dijual dengan kuantiti yang sesuai dengan harga Menu Rahmah serendah RM2.50.

Bazar Ramadan Rahmah tawar makanan bawah RM5
Bazar Ramadan Rahmah Taman Cempaka, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 14 MAC 2024.

Peniaga King Murtabak Power ArabStreets, Chaidiri Mahbud berkata, gerainya menjual murtabak ayam dan daging keju dengan harga serendah RM4 yang mampu dibeli oleh pelanggan rata-rata terdiri daripada pelajar Politeknik Ungku Omar (PUO).

“Kami memberi semua pelanggan terutamanya untuk membantu pelajar PUO, tahfiz dan penduduk sekitar untuk membeli makanan itu dengan harga lebih murah,” katanya ketika ditemubual petang semalam.

Peniaga Nasi Ayam Hainan Sup Utara Ori, Khamarul Anuar Ali pula berkata, dia sudah berniaga di bazar berkenaan sebanyak tiga kali termasuk BRR sejak tahun lalu.

“Saya masih mengekalkan harga RM5 untuk nasi ayam, sup daging dan bihun sup kepada pelanggan yang datang ke sini.

“Kalau kerajaan kita bagus, saya akan teruskan berniaga dengan menawarkan harga Rahmah. Walaupun hanya menerima keuntungan yang sedikit tetapi niat saya adalah berniaga sambil bersedekah,” jelasnya.

Bazar Ramadan Rahmah tawar makanan bawah RM5
Peniaga, Nasi Ayam Hainan Sup Utara Ori, Khamarul Anuar Ali menjual nasi ayam hainan dengan harga Rahmah RM5 di Bazar Ramadan Rahmah Taman Cempaka, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 14 MAC 2024.

Sementara itu, seorang pelanggan, Nur Arni Hidayah Alpian berkata, harga yang ditawarkan di BRR lebih murah berbanding tempat lain.

“Segala makanan dan minuman di sini dijual dengan harga murah serta isi kandungan yang banyak serta berbaloi,” jelas pelajar Diploma Pengajian Perniagaan PUO itu.

Pensyarah Diploma Pemasaran PUO Ipoh, Dr Suraya Akmar Mokhtaruddin pula harganya berpatutan menunya sedap dan ramai suka beli di sini kerana mempunyai pelbagai pilihan sehingga membuatkan pelanggan rambang mata. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Empat Bazar Ramadan Rahmah di Perak

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI