Bebas tuduhan memiliki, edar dadah, suami isteri terlepas hukuman gantung

IPOH – Sepasang suami isteri terlepas hukuman gantung apabila dilepas dan dibebaskan Mahkamah Tinggi Ipoh, pada Rabu atas tiga pertuduhan memiliki dan mengedar dadah dengan anggaran berat 1.51 kilogram, empat tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk Abdul Wahab Mohamed membebaskan Yong Shin Haw, 47 dan Felicia Diong Chew Li, 38, selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah di keputusan akhir pembelaan.

Mengikut pertuduhan pertama, kedua-dua mereka yang mempunyai tiga anak perempuan didakwa mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine dengan anggaran berat 1.46 kilogram di sebuah rumah di Setia Residen, Kampung Selamat dekat sitiawan sekitar jam 3.40 petang.

suami isteri terlepas hukuman gantung lepas bebas edar dadah Mahkamah Tinggi Ipoh suami isteri terlepas hukuman gantung lepas bebas edar dadah Mahkamah Tinggi Ipoh suami isteri terlepas hukuman gantung lepas bebas edar dadah Mahkamah Tinggi Ipoh
Sepasang suami isteri, Yong Shin Haw, 47 dan Felicia Diong Chew Li, 38 dilepaskan dan dibebaskan Mahkamah Tinggi Ipoh, pada Rabu atas pertuduhan memiliki dan mengedar dadah empat tahun lalu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 17 JANUARI 2024.

Bagi kesalahan itu, pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Selain itu, bagi pertuduhan kedua dan ketiga, mereka didakwa mengedar dadah berbahaya jenis heroin seberat 8.41 gram, monoacetyimorphines (1.48 gram) dan Methylenedioxyamphetamine (MDA)(42.5 gram), masing-masing pada jam 3.30 dan 3.40 petang di lokasi, serta tarikh sama.

Pasangan itu didakwa mengikut Seksyen 12(2) ADB 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda RM100,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, dalam penghakiman, Abdul Wahab berkata, selepas meneliti keseluruah pendakwaan kes, beliau mendapati sekurang-kurangnya ada individu lain yang tidak boleh ditolak kemungkinan adalah pemilik dadah sebenar berkenaan.

suami isteri terlepas hukuman gantung lepas bebas edar dadah Mahkamah tertuduh Tinggi Ipoh suami isteri terlepas hukuman gantung lepas bebas edar dadah Mahkamah Tinggi Ipoh suami isteri terlepas hukuman gantung lepas bebas edar dadah Mahkamah Tinggi Ipoh tertuduh
Sepasang suami isteri, Yong Shin Haw, 47 dan Felicia Diong Chew Li, 38 dilepaskan dan dibebaskan Mahkamah Tinggi Ipoh, pada Rabu atas pertuduhan memiliki dan mengedar dadah empat tahun lalu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 17 JANUARI 2024.

Kata beliau, ini kerana terdapat pihak lain yang turut mempunyai akses ke atas bilik di tingkat dua rumah tertuduh yang mana dadah berkenaan dijumpai.

Abdul Wahab bagaimanapun berkata, tidak dapat dibuktikan bahawa individu itu adalah ‘Keong’ seperti mana yang dinyatakan dalam pembelaan kedua-dua tertuduh.

“Adalah tidak selamat untuk mahkamah mensabitkan kedua-dua tertuduh ke atas ketiga-tiga pertuduhan yang dikenakan ke atas mereka.

“Oleh yang demikian kedua-dua tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada ketiga-tiga pertuduhan terbabit,” jelas beliau.

Sementara itu, dalam prosiding di mahkamah sama, Shin Haw, didapati bersalah atas pertuduhan memiliki 11.38 gram methamphetamine di lokasi, masa dan tarikh yang sama.

Tertuduh dijatuhi hukuman lima tahun penjara dan tiga kali sebatan selepas didapati bersalah mengikut pertuduhan di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952.

Hakim Abdul Wahab memerintahkan hukuman itu berjalan dari tarikh lelaki terbabit ditangkap iaitu pada 24 Februari 2020.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Liyana Zawani Mohd Radzi manakala tertuduh diwakili peguam, S. Selvam dan T. Gayathrie.

Perbicaraan kes yang bermula pada 11 Oktober 2022 itu menyaksikan seramai tujuh saksi pendakwaan dan empat saksi pembelaan dipanggil untuk memberikan keterangan. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Polis berpangkat Sarjan mengaku tidak bersalah terima rasuah

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI