Bekalan bahan api stabil dan cukup – Fuziah Salleh

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Dr Fuziah Salleh berkata bekalan bahan api negara masih stabil dan mencukupi.

Sehubungan itu katanya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak panik dan meneruskan pembelian seperti biasa.

“Kerjasama semua pihak amat penting bagi memastikan keadaan kekal terkawal. InsyaAllah, sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Beliau berkata demikian susulan terdapat peningkatan permintaan di beberapa lokasi yang menyebabkan gangguan bekalan sementara di segelintir stesen minyak.

Ia berikutan kenyataan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd yang memaklumkan kemungkinan terdapat peningkatan permintaan sementara yang mengakibatkan kekurangan bahan api secara sementara di beberapa stesen.

Jelas syarikat tersebut, pihaknya sedang berusaha sedaya upaya untuk memulihkan bekalan di stesen terlibat secepat mungkin.

Dalam pada itu, Fuziah berkata, KPDN bersama pihak industri sedang memantau situasi ini secara rapi dan langkah pemulihan bekalan sedang dilaksanakan dengan segera.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI