Bekalan makanan di Perak tidak terjejas akibat kesan banjir – Exco

LUMUT – Kejadian banjir luar biasa yang melanda beberapa daerah di Perak November lalu tidak mengganggu bekalan makanan negeri, kata Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun.

Menurut beliau, laporan kejadian termasuk kawasan pertanian dan penternakan yang terjejas telah diserahkan agensi dan jabatan terlibat kepada kementerian berkenaan.

Jelas beliau sebagai contoh Jabatan Pertanian Negeri Perak telah menghantar laporan kawasan pertanian terjejas kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi membantu petani yang terjejas untuk menerima bantuan.

“Buat masa ini ia tidak menganggu bekalan negeri dan InsyaAllah kita harap ke depan ia tidak berlaku lagi di Perak ini.

Datuk Mohd Zolkafly Harun.

“Bekalan mencukupi walaupun tahap padi beras berada pada paras 93 peratus tapi dari segi penggunaan rakyat Alhamdulillah mencukupi,” jawabnya ringkas.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir ke Majlis Penyerahan Sumbangan Khas Bencana Alam Nelayan di Kawasan Manjung Selatan di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Pasir Pandak, Lekir di sini, pada Sabtu.

Hadir sama Pengarah LKIM Negeri Perak Ahmad Zulkifli Ismail.

Ditanya mengenai keluasan kawasan pertanian dan jumlah ternakan yang terjejas akibat banjir bulan lalu, Mohd Zolkafly berkata, laporan lengkap belum diperoleh beliau.

Sementare itu, seramai 45 nelayan di Kampung Pasir Pandak, Lekir, yang terjejas akibat banjir menerima bantuan berupa wang tunai dan kotak makanan disampaikan oleh Mohd Zolkafly. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI